Saturday, February 6, 2010

++++WacaNA PendidiKAn 9++++

750 pelajar sertai kempen tangani gejala disiplin

kredit mklumat 2 utusan online

KULAIJAYA 2 Feb. - Sebanyak 750 pelajar daripada 11 sekolah di sini menghadiri program Gerak Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid Peringkat Daerah di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara dekat sini baru-baru ini.


Daripada jumlah itu, seramai 345 murid dari empat sekolah rendah manakala bakinya ialah dari tujuh sekolah menengah. Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran, Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan), Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya itu bertujuan meningkatkan kualiti disiplin pelajar dan mengurangkan masalah disiplin.


Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki. Hadir sama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan Pengetua SMK Bandar Tenggara, Zainal Othman. Pada program itu, diadakan pameran dan ceramah daripada pakar-pakar motivasi dan agensi penguatkuasaan sebagai pengisian program.


Baderi berkata, melabel murid tidak berdisiplin atau jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru dan ibu bapa seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian.''Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku disiplin dan moral, justeru semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana.


''Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Remaja mungkin mempunyai akses untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu," katanya ketika berucap pada majlis itu di sini baru-baru ini. Menurutnya, ibu bapa harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya mereka lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini."Dengan penganjuran program seumpama itu, ia diharap dapat melahirkan sikap kecintaan terhadap sekolah sekali gus menjaga nama baik sekolah di mata masyarakat," tambahnya.



nota kaki ::::> kempen menangani gejala disiplin mmg ptut

diadakan bg mendidik murid2 agar tidak

terjebak dengan gejala dsipplin

n sya sgt brsetuju dgn statement

melabel murid bukan jalan pnylesaian...

fikir2 kan

No comments:

Post a Comment