Saturday, February 6, 2010

++++WacaNA PendidiKAn 9++++

750 pelajar sertai kempen tangani gejala disiplin

kredit mklumat 2 utusan online

KULAIJAYA 2 Feb. - Sebanyak 750 pelajar daripada 11 sekolah di sini menghadiri program Gerak Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid Peringkat Daerah di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara dekat sini baru-baru ini.


Daripada jumlah itu, seramai 345 murid dari empat sekolah rendah manakala bakinya ialah dari tujuh sekolah menengah. Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran, Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan), Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya itu bertujuan meningkatkan kualiti disiplin pelajar dan mengurangkan masalah disiplin.


Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki. Hadir sama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan Pengetua SMK Bandar Tenggara, Zainal Othman. Pada program itu, diadakan pameran dan ceramah daripada pakar-pakar motivasi dan agensi penguatkuasaan sebagai pengisian program.


Baderi berkata, melabel murid tidak berdisiplin atau jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru dan ibu bapa seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian.''Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku disiplin dan moral, justeru semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana.


''Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Remaja mungkin mempunyai akses untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu," katanya ketika berucap pada majlis itu di sini baru-baru ini. Menurutnya, ibu bapa harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya mereka lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini."Dengan penganjuran program seumpama itu, ia diharap dapat melahirkan sikap kecintaan terhadap sekolah sekali gus menjaga nama baik sekolah di mata masyarakat," tambahnya.



nota kaki ::::> kempen menangani gejala disiplin mmg ptut

diadakan bg mendidik murid2 agar tidak

terjebak dengan gejala dsipplin

n sya sgt brsetuju dgn statement

melabel murid bukan jalan pnylesaian...

fikir2 kan

Saturday, January 16, 2010

++++WaCaNa PenDidikAn 8++++

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM
kredit artikel 2 utusan online


LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.


"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.
Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.


Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing. Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.


Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai. "Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat. "Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya. Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah. Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran. "Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan
nota kaki
'''''
''''
''
wacana pendidikan kali ini yang dhasilkan
oleh utusan malaysia sangat penting
untuk pengetahuan bakal2 guru..bakal2 kaunselor
ICT adalah penting pada zaman 2010 neh
semua perkara memerlukan teknologi
oleh itu thanks a lot untuk my lecterur En.Aziz yang menekankan
ICT dalam pengurusan Kaunseling
lebih mudah...lebih cepat

++++WaCaNa PenDidikAn 7++++

13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan
kredit artikel 2 utusan online

KUDAT 12 Jan. - Kira-kira 13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan bagi menampung kekurangan di sekolah seluruh negara yang kini berada pada tahap mendesak. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tenaga pengajar dalam bahasa tersebut amat diperlukan bagi memastikan pencapaian dalam subjek itu tidak terjejas. "Kementerian mendapati masalah kekurangan guru bahasa Inggeris begitu kritikal sekali malah hingga menjejaskan prestasi pelajar terutama di kawasan luar bandar," katanya.



Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa sekolah di Pulau Banggi yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari sini hari ini. Katanya, antara punca utama kekurangan itu disebabkan keengganan guru yang mengajar bahasa tersebut untuk bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sehubungan itu katanya, sebagai langkah segera mengatasi masalah tersebut, kementerian merancang mengambil 300 tenaga pengajar dari luar negara untuk melatih guru-guru tempatan mengajar subjek tersebut.


Dalam pada itu, beliau mengakui menerima banyak aduan daripada lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang masih belum diserapkan sebagai guru oleh Kementerian Pelajaran. Jelas Mohd. Puad, pihak kementerian memberi jaminan akan menyelesaikan masalah mereka yang berkelulusan sarjana muda pendidikan itu secepat mungkin.

nota kaki
''''''
'''''
''

wacana pendidikan kali ini
menyatakan kekurangan guru BI di sekolah
seperti yang kita tahu BI merupakan bahasa ke2 terpenting
dalam mengisi sesuatu kekosongan jawatan mahupun melanjutkan pelajaran
oleh itu tingkatkan lah ilmu BI anda ! !

Saturday, January 9, 2010

++++WaCaNa PenDidikAn 6++++

Nisbah 1:15 guru pemulihan sekolah rendah
kredit artikel 2 utusan online

PUTRAJAYA 7 Jan. – Kementerian Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di sekolah rendah daripada seorang bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15 berbanding murid pada tahun ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan kepada murid yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian akan menempatkan guru-guru terbaik mengajar murid-murid tahun satu di bawah program Literasi dan Numerasi (LINUS) mulai sesi persekolahan tahun ini.


“Dalam masa dua bulan ini, kita akan buat satu ujian di setiap bilik darjah bagi mengenal pasti murid yang lemah penguasaan dalam 3M.


“Kita akan buat ujian-ujian tertentu yang sesuai untuk memperbaiki keadaan supaya mereka dapat menguasai 3M dalam tempoh tiga tahun mereka bersekolah,” katanya.


Pada masa ini, kadar literasi di sekolah rendah adalah 87 peratus dan sasaran tahun ini menumpukan peningkatan tiga peratus iaitu kepada 90 peratus.


Muhyiddin berkata, program LINUS itu salah satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan diberi tumpuan khas oleh kementerian tahun ini.

++++WaCaNa PenDidikAn 5++++

Sarawak kekurangan 1,565 guru
Oleh MUHAMAD ZAID ADNANzaid.adnan@utusan.com.my

SAMARAHAN 5 Jan. - Perpindahan guru dari Semenanjung ke negeri asal masing-masing merupakan antara punca Sarawak mengalami masalah kekurangan 1,565 guru sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekosongan itu melibatkan guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Menurutnya, keadaan itu tidak membabitkan sekolah rendah yang menerima kehadiran kira-kira 1,000 guru baru semalam.

''Kebanyakan guru yang lebih lima tahun berkhidmat di Sarawak memohon untuk kembali ke negeri asal mereka dan ini merupakan antara punca berlaku kekurangan guru di Sarawak.
''Kita akan mengambil Guru Sandaran Tidak Terlatih bagi mengatasi masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke lapan buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Batang Sadong di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Julaihi Bujang dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam perkembangan berlainan Puad memberitahu, kementerian akan memberikan perhatian segera bagi menyelesaikan masalah 130 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Metah dekat Batang Rajang yang sekolah mereka musnah terbakar dalam kejadian pada 26 Disember lalu.
Beliau menjelaskan, pembinaan kabin untuk dijadikan kelas merupakan alternatif terbaik kerana ia bukan sahaja mudah dan cepat dipasang, malah tahan lama.

"Kita berharap penduduk kampung dapat membantu pembinaan kabin ini bagi menempatkan murid-murid kerana sesi persekolahan perlu diteruskan seperti biasa," katanya.
Dalam kejadian 26 Disember lalu, blok yang menempatkan bangunan pentadbiran, asrama dan kelas di SK Nanga Metah musnah dalam kebakaran selepas sambutan Hari Krismas

++++WaCaNa PenDidikAn 4++++

Miskin tidak halang Nurlyana cemerlang
(kredit artikel 4 utusan online)

PAPAR 6 Jan. - Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia tidak menghalang Nurlyana Chok Yee Ting mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009.

Lebih membanggakan, kejayaan itu membolehkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kelatuan, Papar itu ditawar melanjutkan pelajaran tingkatan satu di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis oleh Yayasan Sabah (YS).

"Saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Sabah kerana memberi peluang untuk saya belajar di Semenanjung," katanya ketika ditemui selepas menerima kehadiran rombongan Yayasan Sabah yang diketuai Ketua Pentadbir YS Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Zulkhairi Ismail di sini hari ini.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Abidin Marjan; Guru Besar SK Kelatuan, Nining Yahya Wahid; Pegawai Operasi YS Papar, Mohd. Fairuz Yussof dan Pegawai Latihan YSZPS, Haidy Othman.

Tawaran itu diberikan oleh Yayasan Sabah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menerusi Program Penghantaran Pelajar Menengah Yayasan Sabah 2010.

Bapa Nurlyana adalah seorang penghidap barah paru-paru dan bekerja sebagai penoreh gerah manakala ibunya pula menjual kuih muih bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Sementara itu, Zulkhairi berkata, pencapaian Nurlyana dalam pelajaran perlu menjadi contoh kepada pelajar lain terutama di kawasan pedalaman.

Menurutnya, ia juga membuktikan bahawa kemiskinan dan kesempitan hidup tidak sepatutnya menghalang seseorang itu untuk mencapai kejayaan selagi ada usaha dan kesungguhan.
"Kita akan bantu sedaya upaya bagi membolehkan para pelajar miskin di luar bandar berpeluang mengikuti program pendidikan di sekolah elit di seluruh negara," katanya

++++WaCaNa PenDidikAn 3++++

Hanson dapat 7A walaupun rabun teruk


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Rabun teruk sejak dilahirkan tidak menghalang Hanson Ang Ping Ting (gambar) untuk memperoleh keputusan 7A pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan kelmarin.


Pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak itu mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Matematik dan Sains.


Hanson, 16, berkata, sejak memasuki sekolah menengah, dia berazam memperoleh keputusan terbaik bagi menebus kekecewaannya yang hanya mendapat 2A 3B pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Setiap hari dia mengulangkaji pelajaran di bilik asrama selepas waktu persekolahan dan berusaha meningkatkan pengetahuan dalam setiap mata pelajaran.


"Cabaran saya adalah perlu menggunakan buku rujukan dan latihan yang sama seperti pelajar normal iaitu bertulisan kecil, jadi saya perlu cermin mata serta kanta pembesar," katanya kepada Mingguan Malaysia.


Dia hadir bersama ibu dan bapanya, Ang Eng Siew dan Wong Saw Wah serta tiga adik-beradiknya dari Tangkak, Johor untuk mengambil slip keputusan PMR di sekolah itu di sini kelmarin.


Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, pencapaian berkenaan di luar jangkaan kerana dia hanya menyasarkan 6A seperti keputusan percubaan PMR yang diperolehnya.


"Saya amat berterima kasih dan menghargai jasa semua individu yang menyokong terutama guru kerana sentiasa membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar,'' katanya yang bercita-cita menjadi guru.


Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Che Fatimah Che Abdullah, 56, berkata, kejayaan Hanson sangat membanggakan kerana dia pelajar pertama memperoleh keputusan begitu cemerlang.


Katanya, sejak memegang jawatan pada 2004, beliau bersama 41 guru di sekolah itu komited menjalankan pelbagai program pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan setiap calon PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam setiap mata pelajaran.


Selain memperkenalkan Kem Pendidikan Matematik dan Sains, katanya, sekolah juga
menjalankan 'head count' iaitu berjumpa setiap pelajar secara peribadi selepas tamat sesuatu peperiksaan mingguan, bulanan atau tahunan.


"Ia bertujuan mengenal pasti punca masalah pelajar dalam subjek tertentu dan daripada situ, sekolah akan mencari kaedah terbaik menyelesaikannya serta mempertingkatkan pencapaian mereka,'' katanya